1. Seluar kaki panjang? Seluar pendek
2.Apa benda, bila kita pergi seorang kita takut, pergi ramai-ramai lagi kita takut? Jambatan runtuh
3.Apakah benda yang terdapat pada pokok kelapa, kita tak panggil pokok kelapa? Sarang burung
4.Bagaimanakah caranya kita nak menangkap ribuan burung yang hinggap di sebatang pokok? Tangkap Gambar
5.Apakah sejenis pengangkutan, ke kanan tidak, ke kiri pun tidak? Lif
6.Ada sebuah kereta, jatuh dalam belukar. Kalau anda pandai, apakah warna kereta itu? Birulah....Blue car
7. Mudah ia hijau, tua ia merah. Cili api
8.Berdiri ia tidur, bila tidur ia berdiri. Apa dia? Stoking
9.Kura-kura panjat dinding. Kuali
10.Semakin dipotong semakin tinggi. Seluar
11.Ular terbakar di tengah rmuah. Ubat nyamuk
12. Tak panjang tak pendek dan kepalanya bulat tapi macam-macam warna. Apa dia? Batang Mancis
13.Diikat ia berjalan, bila dibuka ia berhenti. Apa dia? Kasut bertali
14.Hitam apabila anda beli, merah apabila anda gunakannya dan kelabu apabila anda buang. Arang
15.Ia akan meningkat dan tidak akan berkurangan. Umur/Usia
16.Tumbahan paling berani. Pisang kerana berjaya mengeluarkan jantungnya
17.Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
18.Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang? Seluar panjang kalai dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang.
19.Soalan dengan satu jawapan:
(a)Kenapa pencuri kena tangkap?
(b)Kenapa ubi jadi kayu?
(c)Kenapa gigi sakit?
Sebab lambat cabut
All the answers are after the question, Please highlight it to find out, Thanks for taking your time to think.
*If you can't get the answers just highlight the whole post so you can get the all answers.
*Be patient don't look the answer before you read the question.
No comments:
Post a Comment